Kembara Republik Czech: Hari Pertama

Cuti Easter :: Musim bunga :: Prague. Dua minggu sebelum itu, merancang dengan rakan sepejabat untuk mengambil cuti Easter. Easter adalah cuti umum di Switzerland selama seminggu. Destinasi yang dirancang adalah ke Republik Czech, sebuah negara di Eropah Tengah yang bersempadan dengan Poland di sebelah utara, German di sebelah barat, Austria di sebelah selatan, dan Slovakia di sebelah timur.

MAZDA 14 tahun
Itu destinasi yang akan dituju. Merancang untuk bermalam di rumah rakan diplomat di Prague, ibu negara Republik Czech. Di Vienna akan bertemu dengan seorang rakan lagi sebagai "pemandu pelancong" tidak rasmi. Rakan kepada rakan saya ini. Perjalanan sejauh  2,000km bermula dari Geneva ke arah Prague kemudian turun ke Vienna, Austria sebelum pulang semula ke Geneva. Tempoh yang memakan masa hampir seminggu. Oh ya, dengan memandu sebuah Mazda 323F yang dibeli dengan harga CHF6,500 yang berusia 14 tahun. Gila? Tidak sampai tahap gila, cuma penuh yakin dan bertawakkal...haha. Itu baru cabaran kan. Cabaran pertama di bumi Switzerland. Sebenarnya, ini bukan kereta saya tapi kereta yang saya beli untuk isteri hanya untuk kegunaan di Canton Geneva, ulang-alik untuk mengambil anak di sekolah, ke kedai beli susu atau menghantar anak ke klinik kalau sekiranya kena sakit demam. Tapi untuk cuti Easter yang sangat menerujakan ini, tugas kereta ini akan lebih sedikit dan lebih mencabar. Harap kereta ini berperangai baik sahaja sehingga pulang semula ke Geneva. I love Mazda! Rakan saya, dengan MPV Citroen C8 nya. Baru dan laju. Maksudnya apa untuk Mazda berumur 14 tahun? Satu lagi alat survival zaman moden--GPS. Mesin kecik sebesar tapak tangan terkandung peta yang dengan hanya menekan papan kekunci untuk destinasi yang hendak dituju dan wallah, hanya ikut sahaja arahan. Tapi itu rakan saya, bukan saya. Saya hanya cetak peta hitam putih melalui komputer. Sungguh tradisional dan jimat. 

R&R Aubonne, Switzerland
Cuti Easter tiba. Pukul 10.00 pagi bertemu rakan di apartmen-nya di Rue de Laussane. Selepas itu kami bersama-sama bergerak meninggalkan Geneva menyusuri lebuhraya A1 menuju ke Basel, Switzerland iaitu sebuah bandar yang menjadi pintu sempadan untuk memasuki negara German untuk meneruskan perjalanan melalui Autobahn (lebuh raya dalam bahasa German). Tahu Autobahn? Lebuhraya tanpa had memecut. Tekan 300km sejam pun tidak mengapa janji ada jiwa berani mati. Perjalanan ke Basel sejauh 250km memakan masa selama empat jam termasuk berhenti di hentian R&R Aubonne untuk berehat mengendurkan urat leher dan belakang, makan bekal nasi lemak dan meehon beramai-ramai. Itulah rakyat Malaysia bila di perantauan. Cuba tanya rakyat Malaysia di negara lain bila bermusafir. Sefesyen kan?. Bila berada di perantauan selalunya sesama kita akan lebih akrab, lebih berkongsi, lebih kunjung mengunjung dan lebih mesra. Berbanding di Malaysia, yang berjumpa dan bersalaman hanya pada hari raya sahaja mungkin. Mungkin hormon bertukar bila berada di Malaysia atau gen-gen dalam tubuh menjadi lebih renggang sebab cuaca panas. Mungkin sahaja.


R&R di Czech. Nampak kereta polis di belakang?
Lupa kejap tetang hormon, kembali pada perjalanan ke Prague. Perjalanan mengambil masa selama 12 jam ke Prague melepasi bandar Strasbourg, Nuremberg, German dan Plzen, Czech. Kali ini kami berhenti pula di sebuah R&R di Czech. Buka bekalan sekali lagi, berkelah menjamu selera. Kali ini kami di datangi oleh polis Republik Czech. Agak-agak sahaja berdasarkan "Polizie" pada pintu kereta mereka dan mereka beruniform. Minta paspot kami untuk mereka periksa. Pasport dipulangkan kepada kami tanpa sepatah kata pun. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana ada di antara kami yang bertudung. Mungkin juga pelik kenapa ada segerombolan manusia sedang menikmati bekal, siap dengan periuk sekali di atas meja dengan menu yang pelik. Ada ikan-ikan kecil dan ada telur rebus yang dipotong empat. Mungkin di sini cara ini cukup unik tidak pernah dibuat orang. Entah.


C8 dengan had laju kebangsaannya. Katanya.
Habis sejam di sini. Kami meneruskan perjalanan menyusuri lebuhraya E50 terus ke Prague. Mazda menyusuri E50 secara berhemah dengan mata menghayati pemandangan di kiri-kanan yang sesekali berbukit, hutan-hutan pine, dan kedudukan rumah-rumah yang tidak padat. Perjalanan berterusan sehingga matahari mula terbenam kira-kira jam 7 dan gelap kira-kira jam 8. Seperti biasa, kereta C8 rakan saya sudah jauh ke depan hilang dari pandangan. Entah berapa jauh, mungkin juga beberapa kilometer. Seperti sedia maklum, kami guna teknik zaman jepun, guna peta kertas dengan pandangan yang lebih berhati-hari takut susur keluar terlepas. Setiap signboard susur keluar dibaca satu persatu dengan teliti untuk pastikan ianya sama dengan apa yang tertera di atas kertas. Suatu ketika lebuh raya gelap gelita tanpa lampu di kiri dan kanan. Kereta kawan saya menghilang entah ke mana. Katanya dia bawa ikut had laju lebuhraya sahaja dan saya memandu macam kura-kura *Ya right!*. Terima panggilan, "Kami tersalah jalan, masuk ke arah lain. GPS arah ikut jalan yang lama". Ha, lihat, teknologi tidak selalunya betul. Teknologi hanya untuk memudahkan kerja. Tapi teknologi dan common sense adalah segala *senyum* sebab hendak sedapkan hati pakai peta kertas sahaja. 




Zairi Basri, rakan di Prague
Setelah hampir separuh hari, kami memasuki bandar Prague pada jam 9.30 malam. Tidak menghayati sangat bandar Prague pada waktu sebegini. Letih barangkali. Hanya nampak lampu-lampu neon di kiri dan kanan jalan seperti kota-kota lain juga. Sesekali melewati bangunan-bangunan berbentuk dome. Entah bangunan apa. Mata masih tertumpu pada peta kertas, tangan memegang stereng dan kaki menekan padel perlahan. Malas hendak ambil pusing. Esok masih ada kan. Berpusing mencari kawasan apartmen sahabat saya di Prague. Berpusing hampir setengah jam dari satu blok ke satu blok, memasuki dan kemudian keluar dari lorong-lorong kecil. Akhirnya kami tiba di apartmen pada jam 10.00 malam. Alhamdulillah habis pengembaraan hari pertama. 

R.A.S.H.I.D.I.SAID

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3

On a footed destiny…

“The foot feels the foot when it feels the ground.” Buddha quotes (Hindu Prince Gautama Siddharta, the founder of Buddhism, 563-483 B.C.) --> “Patah kaki” literally described us when we started our life in Versoix. The mode of transport was a 10-minute walk to the nearest bus stop called Les Fayards. From there, we have to take a TPG (Transport Public Genevois) bus which operates almost every hour to Geneva. The journey on the V-bus would take us around 50 minutes along the countryside, down the lane and up the hill, passing by monuments, the Red Crescent HQ, the UN place and homes. --> It was winter and a 10-minute walk could feel like forever with the cold frigid wind blow against you. I could not imagine hubby going out early in the morning, walking towards the bus stop and waiting for the bus in the winter season. Sometimes, he had to brace the thick snow or the slippery black ice along the road. From his office, another 10 minutes walk to the nearest bus st