Superbiking

Entah. Rasanya minat @mimpi pada motor besar (superbike) sudah lama sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi pada masa itu hanya sekadar minat. Minat budak-budak lelaki apa saja yang beroda, kenderaan beroda dua atau beroda empat. Memiliki superbike pertama Kawasaki ZX2 (250cc) ketika tinggal di Jalan Duta, KL. Masa itu 2 tahun sebelum posting ke Geneva. Beli dari rakan pada harga RM8,500. Cukuplah 250cc sebagai permulaan.

ZX2R

Setelah mendapat berita saya akan ditukarkan ke pejabat di Geneva Switzerland, hati sedih bercampur gembira. Sedihnya sebab kena tinggalkan segalanya. Jual semuanya, perabot, kereta, dan motosikal. Kosong. Masih ingat dua minggu sebelum posting kami buat "Garage Sale". Habis semuanya dari sebesar-besar sofa ruang tamu sehingga ke sekecil kotak kunci..hahaha. Superbike yang saya iklankan sudah ada yang ingin merisik oleh seseorang dari Klang. Mudah, beliau datang tengok dan test ride, terus setuju nak beli. Bayar dan terus bawa balik. Mudah sungguh. Ya pada harga yang lebih mahal dari yang saya beli. Beliau setuju dengan harga saya RM9,500. Bertukar tangan. Kereta pula saya telah jual pada penjual kereta terpakai di Jalan Pahang, KL.

Bila tiba di Geneva, minat saya pada superbike tidak pula pudar. Setiap hari apabila melalui lorong-lorong di Geneva, mata sesekali menjeling superbike di dalam kedai-kedai di situ dan sesekali berhenti melihat melalui cermin luar. Jakun dan kagum kemudian berlalu dan pendam. Begitulah selama beberapa bulan. 

Akhirnya, hajat tercapai. Saya memiliki sebuah Honda CBR900 (900cc) yang dibeli di sebuah kedai motosikal di Geneva. Kedai yang sentiasa dijangkauan mata apabila berulang-alik bermain badminton setiap minggu. Memang akan melalui kedai ini. Saya memiliki superbike ini selama setahun. Setahu saya, hanya saya sahaja yang bersungguh-sungguh untuk memiliki motor besar. Rakan diplomat yang lain minat juga tapi tidaklah sampai ingin memilikinya.


CBR900

Saya memiliki CBR900 selama setahun juga. Bertukar juga bila mata terpandang sebuah lagi superbike Honda SP1 (RC51) di kedai yang sama. Honda SP1 ini pada mulanya adalah superbike yang digunakan dalam kejohanan superbike dunia (SBK) yang kemudiannya di keluarkan bagi "road version". Pada awal tahun 2000, harga atas jalan Honda RC51 di Malaysia adalah RM90,000, disebabkan duti import dan eksais yang sangat tinggi.

Honda SP1 (RC51)
Soalan popular bila memiliki superbike: bahaya tak menunggang superbike? Bahaya atau tidak bergantung cara kita menunggang. Jika di dalam bandar bawa 100km, agaknya sempat atau tidak jika ada kenderaan di hadapan tiba-tiba berhenti mengejut pada jarak 10 meter? Jadi bawa menggunakan akal dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Jika ajal juga walau sudah berhati-hati macamana sekali pun, itu kehendak Allah. Kepada "Taz Devil" dan Dr. OZ, Alfathihah. Melalui superbike-lah saya mengenali ramai kenalan di segenap pelusuk Malaysia termasuk arwah "Taz Devil" dan Dr. OZ. Dr. OZ adalah doktor anak saya yang sulung. Seminggu sebelum saya mendapat berita kemalangan maut beliau, saya ada membawa anak saya berjumpa beliau waktu subuh kerana satu kes kecemasan. Oh ya, di dalam dunia forum superbike, kami menggunakan "nickname". Jarang benar menggunakan nama betul masing-masing--"drifter", "sam", "kornology" itu antara nickname di dalam forum. Oleh itu, jika anda bertanya "kenal atau tidak Rashidi?", saya yakin 99% tidak akan kenal, kecuali anda bertanya "kenal atau tidak eddie?"..that's my nickname *senyum*

Comments

Popular posts

Ingin mengembara ke Switzerland?

Pemandangan Switzerland dari langit Switzerland memang menjadi idaman para pelancong dan pengembara. Cantik dengan gunung-ganang, tasik, dan bandar yang kaya dengan sejarah. Switzerland bukan sahaja popular dengan cokelat, keju dan jam, tetapi juga menjadi lokasi penggambaran filem-filem hebat dar luar -- Sangam; The Sound of Music; James Bond; Diwale; Crash Landing on You; video clip lagu " Jackpot " oleh Bastian Baker dan banyak lagi!! Saya nak berkongsi dengan pembaca agar tulisan ini dapat menjadi panduan sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland. Saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Switzerland. Terutamanya rakan-rakan di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ni memang cukup popular: (1) Apakah tempat menarik yang harus saya lawati di Switzerland? (2) Bagaimana dengan penginapan? hotel di sana mahal atau tak? (3) Bagaimana cara mudah hendak ke Switzerland, melalui London? Paris? atau Amsterdam? (4) Bagaimana hendak bergerak dari satu tempat k

Halal Journey in Geneve... the Halal Meat

As I mentioned in an earlier post, there are many Halal restaurants available in Geneve.  This is due to a very large Muslim community here be it expatriates, visitors or the local population.  In fact, if you walk anywhere in Geneve center, you will always encounter many Muslims especially women wearing Hijab.  Today, I will be sharing with you where to find Halal food ingredients (later I will share about restaurants).  Boucheries: for chicken (poulet), beef (beouf) and related products 1. Geneve centre Fresh products in Geneve is a little bit pricey as compared to those in France.  However, just in case, you need to buy in small portion, these places are available for you to find the products. (a) Kamel Halal Meat Sàrl , rue de Lausanne 55, 1202, Geneva , Switzerland Opening Hours:   Monday                  Tuesday                        Wednesday                Thursday                    Friday                             9am-12pm; 3-7pm    9am-12pm; 3

On a footed destiny…

“The foot feels the foot when it feels the ground.” Buddha quotes (Hindu Prince Gautama Siddharta, the founder of Buddhism, 563-483 B.C.) --> “Patah kaki” literally described us when we started our life in Versoix. The mode of transport was a 10-minute walk to the nearest bus stop called Les Fayards. From there, we have to take a TPG (Transport Public Genevois) bus which operates almost every hour to Geneva. The journey on the V-bus would take us around 50 minutes along the countryside, down the lane and up the hill, passing by monuments, the Red Crescent HQ, the UN place and homes. --> It was winter and a 10-minute walk could feel like forever with the cold frigid wind blow against you. I could not imagine hubby going out early in the morning, walking towards the bus stop and waiting for the bus in the winter season. Sometimes, he had to brace the thick snow or the slippery black ice along the road. From his office, another 10 minutes walk to the nearest bus st